Thursday 22 August 2019

BERLAKON




BERLAKON 📽




"Matlamat guru bukanlah membentuk murid berdasarkan imejnya, tetapi membimbing murid untuk membentuk imej kendiri"

  • Berlakon ialah salah satu teknik pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P). 
  • Aktiviti lakonan menjadi lebih menarik apabila murid-murid dapat berinteraksi dan berkomunikasi.
  • Di samping menguji kemahiran berbahasa, murid juga berpeluang melihat aksi rakan-rakan ketika berlakon.
  •  Selain menyeronokkan, murid-murid juga lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak ramai. 
  • Banyak faedah dan kebaikan yang diperoleh apabila murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Lakonan dapat memberi hiburan dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berani, sabar dan prihatin dengan persekitaran.
PRINSIP BERLAKON

  • aktiviti berdasarkan tema, pengalaman dan kebolehan mental dan fizikal murid.
  • penekanan pada perkataan, frasa dan ayat yang hendak dipelajari.
  • bahasa yang mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami. Lebih baik jika menggunakan peribahasa dalam percakapan. 
  • memberi peluang dan mengalakkan murid berkreativiti melalui kemahiran intelek dan emosi.
  • penekanan pada pengajaran dialog dengan sentuhan, intonasi, kelantangan suara mengikut emosi dan situasi.
TEKNIK BERLAKON


  • MAIN PERANAN 
main peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu lima hingga ke enam minit.
  • SIMULASI 
murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura atau teratur. melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan.
  • DIALOG 
murid akan membaca dan membina skrip dialog mengikut peranan yang ditetapkan dengan bahasa, intonasi, nada, gaya dan aksi yang sesuai.
  • TEATER MEMBACA 
guru memilih skirp drama yang baik seperti sang kancil dan buaya. murid akan membaca dengan lancar serta menggunakan sebutan, nada, intonasi dan gaya yang betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.
  • BONEKA 
guru boleh menggunakan pelbagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak tertentu. murid memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan cerita. penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz, iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian. sebagai contoh wayang kulit.
  • PANTOMIN
satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi di baca oleh  murid lain serentak dengan aksi pelakon. oleh itu, pelakon dan pembaca skrip mestilah antara 2 hingga lima orang sahaja. murid diberi masa yang pendek  iaitu antara 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan secara spontan.


  • MIMOS
mimos ialah lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekpresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. murid yang menjadi penonton perlu memberi sepenuh perhatian kerana di akhir aktiviti penonton akan membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan ayat yang betul dan idea yang tersusun. 

RUJUKAN 


  • Faizah Jalal & Ali Omar (2014). Aktiviti Lakonan Murid bagi Pemupukan Nilai Murni          dan Perpaduan Kaum: Analisis di Pekan, Pahang. Dicapai pada 16 Ogos 2019            melalui: http://ir.upsi.edu.my

DITULIS OLEH: NOR NATASHAH BINTI ALIAS
PPISMP JUN 2019

NYANYIAN

NYANYIAN

Nyanyian merujuk kepada aktiviti membunyikan suara dalam bentuk tertentu yang bertujuan menghasilkan nada dan melodi yang disenangi. Ia merupakan salah satu aktiviti manusia yang bertujuan untuk mengembirakan hati. Nyanyian boleh dilakukan dengan bantuan alat muzik atau hanya dengan secara bertepuk tangan dan sebagainya. Nyanyian memerlukan daya kreativiti manusia dan dianggap sebagai salah satu cabang seni. Mereka yang menyanyi digelar penyanyi.



APA ITU NYANYIAN❔❔❔❔


Nyanyian adalah sesuatu kegiatan ataupun perbuatan membunyikan suara untuk menghasilkan sesebuah irama. Secara amnya, setiap orang boleh menyanyi. Namun perbezaan dalam keupayaan menyanyi itu terletak kepada bakat seni dan usaha di antara setiap seseorang individu. Nyanyian merupakan salah satu cabang seni yang berdasarkan daya kreativiti seseorang penyanyi.


Asas Nyanyian

  • Nyanyian adalah aktiviti muzikal yang paling awal. Dalam muzik nyanyian dinamakan vokal. Terdapat dua jenis nyanyian iaitu nyanyian secara humming dan nyanyian menggunakan lirik lagu. Nyanyian secara humming adalah nyanyian menggunakan bunyi huruf vokal contohnya La la la, Di di di, Mu mu mu mu, Ta ta, Ti ti ti dan sebagainya. Nyanyian dengan lirik ialah nyanyian lagu menggunakan lirik lagu.

  • Bunyi terhasil dari getaran sesuatu. Contohnya apabila meja diketuk, permukaan meja akan bergetar dan bunyi pun terhasil. Begitu juga dengan suara manusia. Atau apabila trumpet ditiup, udara dalam trumpet akan bergetar dan oleh itu bunyi trumpet terhasil.


TENIK NYANYIAN

Dalam nyanyian, tubuh badan manusia sama seperti alat muzik. Semasa menyanyi postur adalah amat penting. Postur mempengaruhi cara pernafasan, mutu pengeluaran suara dan keseluruhan nyanyian seseorang.

  • Pernafasan
  • Sebutan
  • Postur



PERNAFASAN

PERNAFASAN
Dengan pengurusan pernafasan yang baik,
seseorang dapat menghasilkan ton yang berkualiti,
sebutan yang jelas se...L



SEBUTAN

ï‚¢ Bentuk mulut bagi bunyi vokal: a, e, i, o, u.


POSTUR

Kedudukan badan adalah penting untuk menghasilkan nyanyian yang bermutu. Postur yang baik akan membantu pernafasan dan pengeluaran suara semasa menyanyi.

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan berdiri adalah seperti berikut:


A)POSTUR BERDIRI


B)POSTUR DUDUK

Secara konvensionalnya, perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menyanyi dalam keadaan duduk adalah seperti berikut:


Hasil carian imej untuk duduk atas kerusi





ï‚¢ Bahagian badan hingga kepala -
keadaannya sama seperti postur berdiri.
ï‚¢ Belakang badan - tidak bersandar.
ï‚¢ Punggung - ...



Jenis Jenis Suara Dalam nyanyian, terdapat 3 jenis suara iaitu


Suara kepala 

Suara kepala ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang di kepala untuk mendapat suara kepala yang bermutu, kawalan pernafasan yang betul adalah perlu. Suara kepala akan membantu pelajar lelaki semasa mengalami perubahan suara.Ia juga memberi persediaan dalam penggunaan nyanyian falsetto. 
  


  Suara Tengah

 Suara Tengah ialah istilah yang digunakan bagi menerangkan perletakan suara yang di rasai dikeluarkan dari paras hidung ke kerongkong.



SUARA DADA

 Suara dada adalah istilah yang digunakan bagi menerangkan suara yang dirasai dikeluarkan dari ruang dada. Untuk merasai suara ini, nyanyi pic rendah dengan meletakkan tangan di dada. Getaran dada akan dirasai pada tangan.


Contoh lagu
bangau oh bangau

lirik:


Bangau oh bangau kenape engkau kurus?
Macam mane aku tak kurus, ikan tak nak timbul
Ikan tak nak timbul
Ikan oh ikan kenape kau tak timbul?
Macem mana aku nak timbul, rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat
Rumput oh rumput kenape panjang sangat?
Macam mane aku tak panjang, kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau kenape tak makan rumput?
Macam mane aku nak makan, perut aku sakit
(uh sakitnye...)
Perut oh perut kenapa engkau sakit?
hmm.ah.nasi mentah.nasi mentah
(huuuuu... ape.ape... ape)
Nasi oh nasi kenape engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah, kayu api basah
Kayu api basah maaa...
Kayu oh kayu kenape engkau basah?
Macam mane aku tak basah, hujan timpe aku.
Hujan timpe ...
(ah pingsan lagi)
(ijat)
Hujan oh hujan kenape engkau turun?
Gimana aku gak turun, katak panggil aku sich...
(hahaha...)
Katak oh katak kenapa kau panggil hujan?
Macam mane aku tak panggil,
Nenek aku kate ular nak makan aku
Kena panggil hujan
Ular oh ular kenape kau makan katak?
Yeeay...
Macam mane aku tak makan, memang makanan aku
Memang makanan aku...


🤟🤟🤟🤟🤟🤟

RUJUKAN

Muhammad Nur Hafizi bin Abu Bakar (2014) Teknik Nyanyian.Dicapai pada 28 Mac            2014   melalui  https://www.slideshare.net/fiziesasha3012/teknik-nyanyian-32875366


Umran Samsudin(2007).HBMS1203Pengajaran Muzik 1 Sekolah Rendah.Kuala 
Lumpur:OUM

DITULIS OLEH: NURUL SHAHIRA BINTI MOHD ZAMBERI

















BERCERITA

Image result for BERCERITATEKNIK BERCERITA❤️❤️❤️❤️


Konsep dan Teknik Bercerita


Image result for KAEDAH PENYAMPAIAN BERCERITA
  • Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran. 
  • Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran. 
  • Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita.
  • Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. 
  • Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. 
  • Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras dengan pendekatan yang digunakan.
  • Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton. 
  • Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene, 1976). 
Teknik Bercerita
1. Bercerita menggunakan buku
2. Penggunaan boneka
3. Penggunaan gambar bersiri
4. Penggunaan bahan mauju...



BERCERITA MENURUT PANDANGAN TOKOH

  • Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak. 



LANGKAH PERSEDIAAN TEKNIK BERCERITA
Image result for KAEDAH PENYAMPAIAN BERCERITA




Tujuan bercerita

a. Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang             menggembirakan.            

     b. Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam   cerita-cerita   tersebut.             


     c. Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif.  Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid.            

     d. Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati    nilai-   nilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan   watak- watak baik yang ditonjolkan dalam cerita.            

      e. Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini            adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah         disiplin;         

    f. Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat   dikaitkan dengan kehidupan seharian.           



     g. Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti    murid-murid.             h. Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan     atau tulisan bagi aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, merek boleh menambahkan bahan-bahan untuk menulis karangan.



Mine coins - make money: http://bit.ly/money_cryp

Image result for KAEDAH PENYAMPAIAN BERCERITA


TIPS BERCERITA YANG MENARIK





L




 Rujukan

   Hazalah Tanjudin (2014) Teknik Bercerita. Dicapai pada 11 Julai 2014                                                     melalui  https://www.slideshare.net/HanzalahTajudin/topik-8-teknik-berceritaSyed Ismail 

   Syed Mustapa et. al. (2017). Kaedah Pengajaran Sejarah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.


DITULIS OLEH: NURUL SHAHIRA BINTI MOHD ZAMBERI

SAJAK


DEFINISI 
  • Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan  berangkap , berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
Menurut  Muhammad Hj. Salleh. (Definisi ini diasaskan kepada aspek bentuk, bahasa dan
tema.): 


Karya sajak dicirikan oleh perkara-perkara yang berikut
i- bentuk yang kental, berentak, banyak berunsur muzik bahasa
ii- bahasa yang lebih padat, teliti, dan kadang-kadang mendekati lagu
iii- temanya diolah dari hidup harian tetapi dipersembahkan oleh pembaca kepada pendengar
dengan sudut pandangan yang agak luar biasa, dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca
atau pendengarnya
iv- haruslah mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

Selain itu makna puisi juga bersandarkan kepada kata 'puitis'. Kata puitis ialah kata sifat yang
merujuk kepada sesuatu (karya) yang memiliki ciri-ciri puisi. Terdapat juga pengkaji-pengkaji
yang membezakan makna "sajak" dengan "puisi". Misalnya, Muhammad Haji Salleh
menafsirkan "puisi" sebagai karya yang mencapai taraf yang agak tinggi di dalam 
bahasa, tema, dan tekniknya manakala "sajak" ialah karya ringan dan belum sampai pada tahap
hasil sastera yang tinggi.


 Nada 

  • Nada ialah tinggi rendah tekanan suara. Nada berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis. Nada yang utama dalam penulisan sajak ialah (a) nada melankolik, (b) nada patriotik, (c) nada protes, (d) nada romantik, dan (e) nada sinis.



 (1).  Nada Melankolik
  • Nada mendayu-dayu atau berhiba-hiba yang menggambarkan kesedihan. Kegunaannya adalah  untuk mengemukakan tema penderitaan atau kehampaan.

(2). Nada Patriotik 
  • Nada yang menggambarkan keadaan hati penyair yang besemangat. Kegunaannya adalah untuk mengemukakan tema perjuangan penuh keberanian atau cita-cita yang tinggi
(3).Nada Romantik
  • Nada yang menggambarkan ketenangan dan kedamaian. Kegunaanannya adalah untuk mengemukakan tema kasih sayang, harapan, dan impian bahagia.

(4).Nada Sinis
  • Nada yang menggambarkan rasa kurang senang. Kegunaannya adalah untuk mengemukakan perkara yang tidak disukai atau dipersetujui secara sindiran.


CONTOH SAJAK;


mencari redha

Picture

Berfikir dan terus berfikir,
Termenung sendiri,
Berfikir berfikir berfikir,
Menilai diri anugerah Ilahi


Sempurnakah imanku

Kuatkah aku mengejar sabar
Kuatkah aku harungi dugaan-Mu

 Ya Rahman
 Ya Rahim

Maha suci-Mu ya Allah
Aku berdoa memohon
Suburkanlah kesabaran buatku
Suburkanlah kekuatan jasmani rohaniku

Teguhkanlan keimananku
Untuk kehidupan ini
Agar diriku pasrah
Pasrah dalam redha

Redha dengan hakikat
Hakikat duniawi
Ya Allah ,

Hanya padamu
Untuk hidup dalam keredhaan 
Redha yang abadi


HATI   

 Image result for hati

bila hati gembira
Matahari senyum di wajahku
Bila hati rawan merintih penuh duka
Hujan airmata membasahi pipiku


Bila keresahan bangun tiada

salji turun menyelimuti hati sejukku
bila hati jatuh cinta
Tidak lagi lena detak jantung hatiku 

Tidak lagi norma detak jantung hati ku
Bila hati menjadi milikmu
Betapa mahalnya cintaku
untuk dihargai penuh kebahagiaan hatimu

Untuk diuji  ikhlaskah tulusmu
Jangan tinggalkan jujur hatimu
Kerana hati ini untukmu



HARAPAN



Image result for harapan











Terjaga dari lena
Hujan mutiara jernih
Membasah bumi
Hati hiba

Merintih sepi

Berlagu sunyi
Muhasabah diri
Kekerdilan diri
 

Kejahilan diri
Penuh seribu satu persoalan
Mengharukan kotak fikir

 Lantas,

Sejukkan diri bersama wudhuk

Tidurkan sejadah, solat
Menyembah diri pada-MU
Selawat  buat kekasih junjungan 

Penuh insaf harapan ditabur
Mohon pada-Nya
Berkat Ilahi
Bawa ke taman ketenangan

Bawa ke taman kemuliaan
Bawa ke taman syurga
Mengapai Nur-Mu

  
hasil karya
noor zanariah shafie



Image result for teknik sajak darjah 4

RUJUKAN 

Azian Bin Zainul Bidin (2016). Pengenalan Bahasa Melayu. Dicapai pada 17       Ogos 2016          melalui: http:/www.scribd.com/doc/13290873/Tugasan-Bahasa-Melayu- OUMAZIAN-             ZAINUL-BIDIN-SK-KOPOK

noor zanariah shafie (2015). Bicara Sastera. Dicapai pada 16 Ogos 2019 melalui                        : https://bicarasastera.weebly.com/tentang-penulis.html

Mona Fairul (2018). Pertandingan Deklamasi Sajak SKK Peringkat Kebangsaan 2018.                Dicapai pada 18 Ogos 2019 melalui: https://www.youtube.com/watch?v=N0Jp7u6IOR0



DITULIS OLEH : NOR NATASHAH BINTI ALIAS
PPISMP JUN 2019