TEKNIK BERCERITA❤️❤️❤️❤️
Konsep dan Teknik Bercerita
- Teknik ialah cara yang lebih khusus yang dicipta untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran.
- Teknik boleh dilihat sebagai satu cara khusus untuk membantu dan menjayakan sesuatu kaedah pengajaran.
- Pelbagai jenis teknik telah dicipta untuk tujuan pengajaran bahasa seperti teknik bercerita.
- Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.
- Jadi, teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya.
- Teknik yang dipilih pula haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan selaras dengan pendekatan yang digunakan.
- Bercerita pula merupakan suatu seni yang menggunakan bahasa, pergerakan dan mimik muka untuk melontarkan idea dan merangsang daya imaginasi penonton.
- Bercerita juga boleh dianggap sebagai seni sastera dan seni teater yang dapat memberikan nyawa kepada perkataan bertulis dalam sesebuah buku (E.Greene, 1976).
BERCERITA MENURUT PANDANGAN TOKOH
- Anne Pellowski (1990) pula menjelaskan bahawa bercerita ialah keseluruhan pengalaman sejenak daripada penceritaan lisan dalam bentuk berirama atau prosa yang dipersembahkan atau dipimpin oleh seseorang di hadapan khalayak.
LANGKAH PERSEDIAAN TEKNIK BERCERITA
Tujuan bercerita
a. Ia memotivasikan murid-murid untuk minat belajar dalam suasana yang menggembirakan.
b. Pembelajaran yang berlaku melalui cerita adalah lebih kekal dan diingati lebih lama. Oleh itu, nilai-nilai murni boleh diterapkan ke dalam cerita-cerita tersebut.
c. Setengah-setengah cerita dapat melibatkan murid-murid secara aktif. Dengan itu, bercerita boleh menjadi suatu strategi pengajaran yang memusatkan kepada murid-murid.
d. Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai- nilai murni. Ini adalah kerana murid-murid belajar melalui peniruan watak- watak baik yang ditonjolkan dalam cerita.
e. Cerita dapat mengurangkan masalah disiplin secara tidak langsung. Ini adalah kerana murid-murid yang tertarik kepada cerita ingin mendengar dengan teliti dan dengan itu tidak mungkin akan menimbulkan masalah disiplin;
f. Ia dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian.
g. Ia meningkatkan lagi kemahiran mendengar murid dan daya kreativiti murid-murid. h. Melatih murid menyusun idea secara teratur sama ada secara lisan atau tulisan bagi aktiviti selanjutnya. Secara tidak langsung, merek boleh menambahkan bahan-bahan untuk menulis karangan.
Mine coins - make money: http://bit.ly/money_cryp
TIPS BERCERITA YANG MENARIK
L
Rujukan
Hazalah Tanjudin (2014) Teknik Bercerita. Dicapai pada 11 Julai 2014 melalui https://www.slideshare.net/HanzalahTajudin/topik-8-teknik-berceritaSyed Ismail
Syed Mustapa et. al. (2017). Kaedah Pengajaran Sejarah. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.
DITULIS OLEH: NURUL SHAHIRA BINTI MOHD ZAMBERI
No comments:
Post a Comment