Tujuan kita mempelajari seni khat adalah untuk menyahut seruan Saidina Ali R.A yang berbunyi :
ูุงَู ุนَُِّูู ุฑَุถَِู ุงููู ُุนَُْูู ุนَُْูููู ْ ุจِุญُุณِْู ุงْูุฎَุทِّ ูุฅَُّูู ู ِْู ู َูุงุชِْูุญِ ุงูุฑِّุฒِْู
Maksudnya " Hendaklah kamu menambah baik tulisan khat kerana ianya merupakan salah satu daripada kunci-kunci pintu rezeki "
Alat yang digunakan untuk menulis khat
- Pen maker khat
- Pena resam dan buluh
- Buku rujukan khat
- Dakwat
๐Jangan risau, kalau peralatan yang disebutkan di atas sukar didapati, kita masih boleh menulis khat dengan menggunakan pensil sahaja. TETAPI, pensil tersebut perlu diubah suai seperti berikut ๐
AMARAN
AKTIVITI INI PERLU DIPANTAU OLEH ORANG DEWASA
Jenis-jenis khat :
Khat Diwani
Khat ini jarang digunakan dalam penulisan biasa kerana tulisannya agak susah untuk dibaca dan ditulis. Namun, khat ini tetap menjadi kegemaran para seniman kerana bentuk tulisannya yang unik. Bentuk tulisan khat ini tegak, lurus dan sedikit condong.
Contoh:
Contoh:
Toturial:
Khat Diwani Jali
Khat ini merupakan perkembangan daripada khat diwani. Khat ini telah divariasikan yang telah menjadikannya sedikit berbeza dari khat diwani.
Khat Nasakh
Khat Nasakh merupakan khat yang biasa digunakan dalam penulisan bahasa arab sama ada dalam penulisan buku atau kaligrafi. Khat ini selalu digunakan kerana ia mudah dibuat dan dibaca. Khat ini merupakan khat yang paling banyak dikenal oleh masyarakat.
Contoh:
Contoh:
Toturial:
Khat Kufi
Khat ini mudah untuk dibuat kerana ia mempunyai bentuk yang tegak dan lurus. Khat ini selalu digunakan sebagai hiasan di dinding-dinding bangunan seperti rumah atau masjid.
Contoh:
Contoh:
Toturial:
Khat Thuluth
Khat ini merupakan khat yang paling disukai oleh para seniman kaligrafi. Bentuk khat ini hampir sama dengan khat nasakh tetapi sedikit berbeza pada cara penulisannya iaitu pada penghujung tulisan ini ditulis sedikit panjang dan condong. Namun, tulisannya tetap mudah untuk dibuat dan dibaca.
Contoh:
Contoh:
Khat Farisi
Khat ini memerlukan kemahiran yang tinggi kerana ia mempunyai banyak garis melengkung yang panjang. Namun begitu, khat ini jarang digunakan kerana agak susah untuk membacanya.
Contoh:
Contoh:
Toturial:
Khat Riq’ah
Bentuk khat ini hampir sama dengan bentuk khat nasakh. Khat ini juga biasa digunakan oleh para guru atau ulama dalam penulisan mereka kerana tulisan khat ini lebih cepat dan mudah berbanding khat nasakh. Bentuk tulisannya lebih kecil dan lebih condong ke bawah berbanding dengan khat nasakh. Penulisan khat ini cukup mudah tetapi agak sukar untuk dibaca bagi orang yang masih baru menggunakan khat ini.
Contoh:
Contoh:
Toturial:
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tokoh-tokoh penulis khat
Oleh kerana kedudukan dan perhatian istimewa yang diberikan oleh masyarakat Islam kepada cabang seni khat, maka seni ini berkembang dengan pesat. Oleh itu, lahirlah ramai tokoh penulis khat atau kaligrafi yang mempopularkan pelbagai jenis tulisan khat. Antaranya seperti berikut:
- Al-Dhahaq bin Ijlan dan Qutabah yang memperkenalkan khat nasakhmulai abad 5M.
- Ibrahim al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-Jalil, al-Thuluthaindan al-Thuluth.
- Yusuf al-Syujairi yang menghasilkan khat jenis al-riayasi.
- Muhammad bin Muqalan seorang menteri Abbasiyah yang mahir dalam tulisan khat jenis al-duri.
- Al-Hasan al-Naqulah mahir dalam seni khat nasakh.
- Muhamad al-Samsari dan Muhamad bin Asad telah memperbaiki tulisan khat nasakh dan al-tauqia’ah.
- Abu Hasan Ali bin Hilal (Ibnu al-Bawwab) yang memperlengkapkan lagi kaedah penulisan khat.
- Syeikh Jamaluddin Yaqut al-Mustakami yang merupakan seorang ahli khat yang handal di Baghdad.
Untuk maklumat lanjut sila layari:
- https://www.slideshare.net/Sliderz09/seni-khat
- https://www.slideshare.net/nissamahamad/seni-tulisan-khat
- https://www.slideshare.net/AbdulRahmanAli1/khat-31555154
- https://www.researchgate.net/publication/283318947_KAEDAH_PENGAJARAN_SENI_KHAT_DAN_JAWI_DI_UNIVERSITI_Sistem_Pengajaran_Khat_Nasakh_dalam_Unit_Kajian_Jawi_dan_Khat_di_Universiti_Pendidikan_Sultan_Idris_UPSI
RUJUKAN:
Astro Awani. (2016, Disember 11). Tokoh khat penerima Anugerah Perdana Sambutan Maulidur Rasul 1438h. Melalui http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tokoh-khat-penerima-anugerah-perdana-sambutan-maulidur-rasul-1438h-125306
Baba Marissa. (2014). Kaedah Penulisan Khat Nasakh. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=RJg5YKBOzTM
Cara Opi. (2018). Cara Mudah Menulis Khat Diwani Dengan Kuas. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=uVZnrcW5meQ
Lukman Alfarisi. (2018). Tutorial menulis alif khat tsulus untuk pemula , ( nukman alfarisi ) PsKQ. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=sAxRlw7ULpI
Mas Geming. (2018). Menggambar Kaligrafi khat Kufi lafaz Bismillah. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=q_7STvNIMAU
Seputar
Kaligrafi. (2018). Tutorial Pensil
Kaligrafi-Cara Membuat Pensil Kaligrafi yang Baik & Benar. Melalui https://www.youtube.com/watch?time_continue=2&v=R6AbBhIkfew
Cara Opi. (2018). Cara Mudah Menulis Khat Diwani Dengan Kuas. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=uVZnrcW5meQ
Lukman Alfarisi. (2018). Tutorial menulis alif khat tsulus untuk pemula , ( nukman alfarisi ) PsKQ. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=sAxRlw7ULpI
Mas Geming. (2018). Menggambar Kaligrafi khat Kufi lafaz Bismillah. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=q_7STvNIMAU
Waan Chan. (2013). Tutorial
Diwani Jali. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=JFl4aJoAzGk
Waan Chan. (2013). Tutorial Diwani Jali. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=86SS2LOIqsI
Waan Chan. (2013). Tutorial Diwani Jali. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=86SS2LOIqsI
Nabilah
Nadiah. (2017). Riq'ah Calligraphy Writing Demo Basmallah. Melalui https://www.youtube.com/watch?v=zamgUm4Gi7A
Ditulis oleh: Syifa Al-Hanani binti Badrul Hisyam
No comments:
Post a Comment