Thursday 22 August 2019

BERLAKON




BERLAKON 📽




"Matlamat guru bukanlah membentuk murid berdasarkan imejnya, tetapi membimbing murid untuk membentuk imej kendiri"

  • Berlakon ialah salah satu teknik pengajaran yang digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran (P&P). 
  • Aktiviti lakonan menjadi lebih menarik apabila murid-murid dapat berinteraksi dan berkomunikasi.
  • Di samping menguji kemahiran berbahasa, murid juga berpeluang melihat aksi rakan-rakan ketika berlakon.
  •  Selain menyeronokkan, murid-murid juga lebih berkeyakinan ketika berhadapan dengan khalayak ramai. 
  • Banyak faedah dan kebaikan yang diperoleh apabila murid terlibat dalam aktiviti tersebut. Lakonan dapat memberi hiburan dan memupuk nilai-nilai murni seperti bertanggungjawab, berdisiplin, berani, sabar dan prihatin dengan persekitaran.
PRINSIP BERLAKON

  • aktiviti berdasarkan tema, pengalaman dan kebolehan mental dan fizikal murid.
  • penekanan pada perkataan, frasa dan ayat yang hendak dipelajari.
  • bahasa yang mudah, jelas, ringkas dan mudah difahami. Lebih baik jika menggunakan peribahasa dalam percakapan. 
  • memberi peluang dan mengalakkan murid berkreativiti melalui kemahiran intelek dan emosi.
  • penekanan pada pengajaran dialog dengan sentuhan, intonasi, kelantangan suara mengikut emosi dan situasi.
TEKNIK BERLAKON


  • MAIN PERANAN 
main peranan ialah lakonan spontan yang melibatkan sekumpulan murid tanpa menggunakan skrip dan tempoh masa berlakon adalah pendek iaitu lima hingga ke enam minit.
  • SIMULASI 
murid-murid akan menjalankan aktiviti pembelajaran dengan cara melakonkan sesuatu situasi atau peristiwa secara berpura-pura atau teratur. melalui lakonan ini, murid-murid dapat menunjukkan cara penyelesaian sesuatu masalah yang diberikan.
  • DIALOG 
murid akan membaca dan membina skrip dialog mengikut peranan yang ditetapkan dengan bahasa, intonasi, nada, gaya dan aksi yang sesuai.
  • TEATER MEMBACA 
guru memilih skirp drama yang baik seperti sang kancil dan buaya. murid akan membaca dengan lancar serta menggunakan sebutan, nada, intonasi dan gaya yang betul berdasarkan cerita serta melakukan gerakan yang sesuai dengan isi dan suasana cerita.
  • BONEKA 
guru boleh menggunakan pelbagai jenis boneka yang melambangkan watak-watak tertentu. murid memainkan peranan dan menimbulkan situasi yang sesuai dengan jalan cerita. penggunaan boneka adalah melalui pergerakannya serentak dengan lafaz, iringan skrip dan iringan bunyi-bunyian. sebagai contoh wayang kulit.
  • PANTOMIN
satu bentuk lakonan yang skripnya tidak dilafazkan oleh pelakon tetapi di baca oleh  murid lain serentak dengan aksi pelakon. oleh itu, pelakon dan pembaca skrip mestilah antara 2 hingga lima orang sahaja. murid diberi masa yang pendek  iaitu antara 10 hingga 15 minit untuk berfikir dan menyusun dialog untuk dilahirkan secara spontan.


  • MIMOS
mimos ialah lakonan yang mengutamakan gerak laku seluruh anggota dan ekpresi muka bagi menyampaikan idea, cerita, perasaan dan emosi pelakon tanpa dialog. murid yang menjadi penonton perlu memberi sepenuh perhatian kerana di akhir aktiviti penonton akan membuat laporan tentang apa yang dilihatnya dengan ayat yang betul dan idea yang tersusun. 

RUJUKAN 


  • Faizah Jalal & Ali Omar (2014). Aktiviti Lakonan Murid bagi Pemupukan Nilai Murni          dan Perpaduan Kaum: Analisis di Pekan, Pahang. Dicapai pada 16 Ogos 2019            melalui: http://ir.upsi.edu.my

DITULIS OLEH: NOR NATASHAH BINTI ALIAS
PPISMP JUN 2019

No comments:

Post a Comment