DEFINISI
- Sajak ialah puisi Melayu moden yang berbentuk karangan berangkap , berbentuk bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata sebaris, rangkap, rima dan sebagainya.
tema.):
Karya sajak dicirikan oleh perkara-perkara yang berikut
i- bentuk yang kental, berentak, banyak berunsur muzik bahasaii- bahasa yang lebih padat, teliti, dan kadang-kadang mendekati lagu
iii- temanya diolah dari hidup harian tetapi dipersembahkan oleh pembaca kepada pendengar
dengan sudut pandangan yang agak luar biasa, dan dengan itu dapat membijaksanakan pembaca
atau pendengarnya
iv- haruslah mempunyai teknik-teknik yang tertentu.
Selain itu makna puisi juga bersandarkan kepada kata 'puitis'. Kata puitis ialah kata sifat yang
merujuk kepada sesuatu (karya) yang memiliki ciri-ciri puisi. Terdapat juga pengkaji-pengkaji
yang membezakan makna "sajak" dengan "puisi". Misalnya, Muhammad Haji Salleh
menafsirkan "puisi" sebagai karya yang mencapai taraf yang agak tinggi di dalam
bahasa, tema, dan tekniknya manakala "sajak" ialah karya ringan dan belum sampai pada tahap
hasil sastera yang tinggi.
Nada
- Nada ialah tinggi rendah tekanan suara. Nada berhubung dengan perasaan penyair ketika menulis. Nada yang utama dalam penulisan sajak ialah (a) nada melankolik, (b) nada patriotik, (c) nada protes, (d) nada romantik, dan (e) nada sinis.
(1). Nada Melankolik
- Nada mendayu-dayu atau berhiba-hiba yang menggambarkan kesedihan. Kegunaannya adalah untuk mengemukakan tema penderitaan atau kehampaan.
(2). Nada Patriotik
- Nada yang menggambarkan keadaan hati penyair yang besemangat. Kegunaannya adalah untuk mengemukakan tema perjuangan penuh keberanian atau cita-cita yang tinggi
(3).Nada Romantik
- Nada yang menggambarkan ketenangan dan kedamaian. Kegunaanannya adalah untuk mengemukakan tema kasih sayang, harapan, dan impian bahagia.
(4).Nada Sinis
- Nada yang menggambarkan rasa kurang senang. Kegunaannya adalah untuk mengemukakan perkara yang tidak disukai atau dipersetujui secara sindiran.
CONTOH SAJAK;
mencari redha
Berfikir dan terus berfikir,
Termenung sendiri,
Berfikir berfikir berfikir,
Menilai diri anugerah Ilahi
Sempurnakah imanku
Kuatkah aku mengejar sabar
Kuatkah aku harungi dugaan-Mu
Ya Rahman
Ya Rahim
Maha suci-Mu ya Allah
Aku berdoa memohon
Suburkanlah kesabaran buatku
Suburkanlah kekuatan jasmani rohaniku
Teguhkanlan keimananku
Untuk kehidupan ini
Agar diriku pasrah
Pasrah dalam redha
Redha dengan hakikat
Hakikat duniawi
Ya Allah ,
Hanya padamu
Untuk hidup dalam keredhaan
Redha yang abadi
HATI
bila hati gembira
Matahari senyum di wajahkuBila hati rawan merintih penuh duka
Hujan airmata membasahi pipiku
Bila keresahan bangun tiada
salji turun menyelimuti hati sejukku
bila hati jatuh cinta
Tidak lagi lena detak jantung hatiku
Tidak lagi norma detak jantung hati ku
Bila hati menjadi milikmu
Betapa mahalnya cintaku
untuk dihargai penuh kebahagiaan hatimu
Untuk diuji ikhlaskah tulusmu
Jangan tinggalkan jujur hatimu
Kerana hati ini untukmu
HARAPAN
Terjaga dari lena
Hujan mutiara jernih
Membasah bumi
Hati hiba
Merintih sepi
Berlagu sunyi
Muhasabah diri
Kekerdilan diri
Kejahilan diri
Penuh seribu satu persoalan
Mengharukan kotak fikir
Lantas,
Sejukkan diri bersama wudhuk
Tidurkan sejadah, solat
Menyembah diri pada-MU
Selawat buat kekasih junjungan
Penuh insaf harapan ditabur
Mohon pada-Nya
Berkat Ilahi
Bawa ke taman ketenangan
Bawa ke taman kemuliaan
Bawa ke taman syurga
Mengapai Nur-Mu
hasil karya
noor zanariah shafie
RUJUKAN
Azian Bin Zainul Bidin (2016). Pengenalan Bahasa Melayu. Dicapai pada 17 Ogos 2016 melalui: http:/www.scribd.com/doc/13290873/Tugasan-Bahasa-Melayu- OUMAZIAN- ZAINUL-BIDIN-SK-KOPOK
noor zanariah shafie (2015). Bicara Sastera. Dicapai pada 16 Ogos 2019 melalui : https://bicarasastera.weebly.com/tentang-penulis.html
Mona Fairul (2018). Pertandingan Deklamasi Sajak SKK Peringkat Kebangsaan 2018. Dicapai pada 18 Ogos 2019 melalui: https://www.youtube.com/watch?v=N0Jp7u6IOR0
DITULIS OLEH : NOR NATASHAH BINTI ALIAS
PPISMP JUN 2019
No comments:
Post a Comment