"Karya seni yang sebenarnya hanyalah bayangan kesempurnaan ilahi."
----------------------------------------🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹 -----------------------------------~michelangelo
Tujuan Blog ini dihasilkan:
-Untuk kegunaan guru dan pelajar darjah 4 untuk lebih memahami tentang tajuk seni bahasa yang diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
-Blog ini berpandukan Dasar Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) tahun 4
----------------------------------------🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹--------------------------------------
Pengenalan
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, seni bermaksud halus manakala bahasa pula bermaksud sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan suatu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain). Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur.
Tujuan seni bahasa dipelajari
Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas dengan susunan idea yang tepat serta gaya yang sesuai untuk menyampaikan mesej.
Prinsip aspek seni bahasa
- Pengajaran Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
- Pemilihan bahan mesti sesuai dan menarik.
- Penglibatan murid secara aktif dan menyeluruh.
- Guru bertindak sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginatif
BARAT
Pada asasnya, menurut barat, seni adalah pernyataan dan teknik pembuatannya. Seni memberi bentuk tampak kepada bentuk yang terpendam, dipersembahkan di dalam bentuk imej yang dapat dilihat. Dalam kebudayaan mahupun perasaan dan fikiran dapat dilahirkan melalui seni. Seni merupakan intisari kemanusiaan lambang suatu kumpulan manusia dalam kebudayaannya.ISLAM
Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep ‘ tauhid ’ itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak agama.
Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.
----------------------------------💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗-----------------------------------
Seni bahasa telah banyak diaplikasikan oleh manusia sejak zaman dahulu lagi. Perkara ini dapat dibuktikan dengan adanya rakaman filem hasil karya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh atau lebih dikenali sebagai P.Ramlee. Selain itu, seni bahasa juga dapat dilihat melalui:
Sesuai mengikut peredaran zaman yang semakin berkembang, seni bahasa kini telah banyak berlaku perubahan dek kerana pemikiran manusia yang semakin moden dan kreatif. Sekiranya dibandingkan dengan zaman dahulu, sangat jauh bezanya. Akan tetapi, masih juga terdapat banyak kebaikan disebalik perubahan ini. Oleh itu, kita perlulah menghargai semua karyawan yang telah banyak menabur bakti dalam negara kita.
----------------------------------💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗-----------------------------------
RUJUKAN:
----------------------------------💗💗💗💗💗💗💗💗💗💗-----------------------------------
RUJUKAN:
Amira Asnawi (2016).
Falsafah dan Pandangan Tokoh. Dicapai
melalui https://www.academia.edu/22484702/FALSAFAH_DAN_PANDANGAN_TOKOH
Kamus Dewan
Edisi Keempat (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan pustaka. Rakhmat
Djalaluddin. (2004). Meraih Kebahagiaan.
Bandung. Simbiosa Rekatama Media.
Kepenterian Pendidikan
Malaysia (2017) DSKP DSSR (Semakan 2017) Bahasa Melayu Tahun 4. Dicapai
daripada http://bpk.moe.gov.my/index.php/terbitan-bpk/kurikulum-sekolah-rendah/category/335-dskp-tahun-4
Ditulis oleh: Syifa Al-Hanani binti Badrul Hisyam
Ditulis oleh: Syifa Al-Hanani binti Badrul Hisyam
No comments:
Post a Comment